Disediakan oleh:

 

Mohammad Yazriff bin Yekob

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran

Universiti Teknologi MARA, Perlis

MALAYSIA

e-mail: pemadam_pen@yahoo.com

Sila hantar sebarang komen anda ke alamat e-mail di atas. Terima kasih!

Anda adalah pelawat yang ke

Klik butang di sebelahSign my Guestbook from Bravenet.com untuk menghantar komen dan cadangan 

Perkhidmatan ini di sediakan olehGet your Free Guestbook from Bravenet.com

 

PENGHARGAAN

 

           

Assalamu’alaikum w.b.t.

 

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang telah di berikan sebagai satu syarat matapelajaran TITAS 2.

            Walau bagaimanapun, saya ingin meminta maaf kepada pensyarah TITAS 2, Ustaz Marzuki Ibrahim, di atas kelewatan menghantar tugasan ini.

            Namun, saya tetap berterima kasih kerana dengan adanya tugasan ini, maka saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara Jepun.

 

Sekian, wassalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ISI KANDUNGAN

 

 

Abstrak......................................................................1

 

 Era Pemerintahan Meiji dan Pencapaiannya (1868 - 1912)

 

Pendahuluan...............................................................2

 

Pemansuhan Sistem Feudalisme................................5

 

Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut..........6

 

Komunikasi dan Perhubungan...................................7

Pendidikan..................................................................8

 

Undang – undang .......................................................9

 

Kesusasteraan...........................................................10

Ideologi dan agama...................................................11

Ekonomi...................................................................12

Perindustrian............................................................13

Dasar kewangan dan fiskal......................................14

Politik......................................................................15

Media cetak.............................................................16

Kebudayaan............................................................16

 

Kesimpulan.............................................................18

 

Lampiran Bergambar..............................................19

 

Bibliografi..............................................................20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ABSTRAK

 

 

Negara Jepun adalah sebuah negara yang moden yang pesat pada masa kini di rantau asia. Walhal, negara Jepun tidak terelak daripada peperangan dunia kedua yang memberi kesan kepada seluruh negara di dunia. Hasil pembacaan saya membongkar rahsia kejayaan negara Jepun dengan melihat pencapaian-pencapaian di zaman pemerintahan Meiji yang lebih di kenali sebagai Era Pemulihan Meiji (Meiji Restoration).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 - 1912)

 

Pendahuluan

            Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 – 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun[1]. Namun begitu, atas semangat “Jepun Baru”, banyak pencapaian[2] yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di bawah:

           

1.      Penghapusan sistem feudalisme

2.      Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut

3.      Komunikasi dan perhubungan

4.      Pendidikan

5.      Undang-undang

6.      Kesusasteraan

7.      Ideologi dan agama

8.      Ekonomi

9.      Perindustrian

10.  Dasar kewangan dan fiskal

11.  Politik

12.  Media cetak

13.  Kebudayaan

 

Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam perenggan yang seterusnya. Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita dapat melihat keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak pemerintahan. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai[3] (zaman peperangan yang berlaku pada 1460 – 1573M). Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. Namun, ketika era pemerintahan beliau, amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di bawahnya pula di susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Di zaman itu, hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang[4]. Kemudian di ikuti oleh Petani, Petukang dan akhir sekali golongan saudagar. Rajah 1 di sebelah dapat memberikan penjelasan kepada struktur sistem feudalisme Kesyogunan Tokugawa.

Di zaman ini juga, Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Namun, segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. Ketika itu juga, kewibawan para samurai jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan saudagar semakin meningkat. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di dalam status feudal Jepun ketika itu[5].

            Di samping itu juga, kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada 1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka  kepada orang asing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa[6]. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila terlalu ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginan-keinginan tertentu. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang asing.

 

                                                                                                                                       

ERA PEMERINTAHAN MEIJI : PENCAPAIAN – PENCAPAIAN

 

Pemansuhan Sistem Feudalisme

Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji[7]. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata[8]. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment).

 

Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut

            Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan  berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing.

            Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut[9].

            Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo.        Atas usaha ini, Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun[10]. Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun.

            Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905,  tentera Jepun telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu.

 

Komunikasi dan Perhubungan

            Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun.

            Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi[11]. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu.

 

Pendidikan

            Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi[12] untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah.

            Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan “pendidikan adalah kunci kecemerlangan”. Walaupun begitu, mereka masih perlu membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah[13]. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun.

            Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan.

Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan[14].

Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh kerajaan Jepun.

Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze.

Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.

 

Undang – undang

Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.

 

Kesusasteraan

Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrim’s Progreess dan The Bible(Old Testament). Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan beliau, telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan telah di gunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya[15].

Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat oenting ketika era pemulihan Meiji.

 

Ideologi dan Agama

Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di namakan Kokutai secara rasmi. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci[16].

Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto).  Namun, setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempat-tempat Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze).

Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung Buddha juga tidak terkecuali.

Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di hamkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di terima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon – sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat[17].  Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja[18] di seluruh kepulauan Jepun.

 

Ekonomi

Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000.

Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870 – 1880.  Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan di Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme.

Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar  dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka[19].

 

Perindustrian

Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan  dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat).  Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka.

Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun[20]. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah  di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar.

Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru.

Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain – lain. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu.

 

Dasar Kewangan dan Fiskal

Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai. Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat[21].

Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai.

Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat. Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya.

Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.

 

Politik

Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara.  Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik.

            Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck, seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada tahun 1870 dan di gelar “Canselori Waja”[22].

Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882[23]. Namun, kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di ganti dengan sistem demokrasi.

 

Media Cetak

Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.

 

Kebudayaan

Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak pring – piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di samping itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan.

Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat.

Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, ‘prop’ dan sebagainya[24].

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BIBLIOGRAFI

 

 

 

Buku

 

Sejarah Jepun Moden, Richad Storry, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1980.

 

The History of South-East, South and East Asia Essay and Document, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1977.

 

Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya, 2001.

 

 

 

Manual Pengajaran

 

Mohd Shah bin Razali, Nota Kuliah TITAS 2, Pusat Pendidikan Islam, UiTM, Cawangan Perlis

 

 

Laman Web

 

Prof. Barbara Mori di laman web http://cla.calpoly.edu/~bmori/syil/Hum310japan/Meiji Text.html

 

Laman web kesenian di http://www.artelino.com/articles/emperor_meiji.asp

 

 



[1] Prof. Barbara Mori di laman web http://cla.calpoly.edu/~bmori/syil/Hum310japan/Meiji Text.html

[2] Mohd Shah bin Razali, Nota Kuliah TITAS 2, Pusat Pendidikan Islam, UiTM, Cawangan Perlis.

[3] TITAS, halaman 371, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[4] Prof. Barbara Mori di laman web http://cla.calpoly.edu/~bmori/syil/Hum310japan/Meiji Text.html

 

[5] Richard Storry, Bab IV, Sejarah Jepun Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980

[6] Laman web kesenian di http://www.artelino.com/articles/emperor_meiji.asp

 

[7] TITAS, halaman 372, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[8] Prof. Barbara Mori di laman web http://cla.calpoly.edu/~bmori/syil/Hum310japan/Meiji Text.html

[9] Mohd Shah bin Razali, Nota Kuliah TITAS 2, Pusat Pendidikan Islam, UiTM, Cawangan Perlis.

[10] Laman web kesenian di http://www.artelino.com/articles/emperor_meiji.asp

[11] TITAS, halaman 372, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[12] TITAS, halaman 372, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[13] Prof. Barbara Mori di laman web http://cla.calpoly.edu/~bmori/syil/Hum310japan/Meiji Text.html

[14] Mohd Shah bin Razali, Nota Kuliah TITAS 2, Pusat Pendidikan Islam, UiTM, Cawangan Perlis.

[15] TITAS, halaman 374, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[16] TITAS, halaman 372, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[17] TITAS, halaman 376, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[18] Mohd Shah bin Razali, Nota Kuliah TITAS 2, Pusat Pendidikan Islam, UiTM, Cawangan Perlis.

[19] Mohd Shah bin Razali, Nota Kuliah TITAS 2, Pusat Pendidikan Islam, UiTM, Cawangan Perlis.

[20] TITAS, halaman 376, Penerbit Universiti Malaya, 2001

[21] TITAS, halaman 389, Penerbit Universiti Malaya, 2001

 

[22] Prof. Barbara Mori di laman web http://cla.calpoly.edu/~bmori/syil/Hum310japan/Meiji Text.html

[23] M. Rajendran, The History of South-East, South and East Asia, halaman 364,  Oxford University Press, 1977

[24] TITAS, halaman 374, Penerbit Universiti Malaya, 2001